hidup mmg teramat simple.
cume manusia yang suke sangat menyusahkan dirinya serta hidupnya.
peraturan digubal untuk diikuti,
tapi perlu ke ianya di turuti by each words?
sebab manusia mmg akan buat ksilapan.
tadak manusia yang berjaya hidup di dunia ini tanpa membuat kesilapan right?
and kalau that slightly mistake pun ta boleh nak tolak ansur,
maka humanity da tadak n diganti ngan peraturan.
bukan nak bagi principle apa2 yang meracau tgah - tgah malam nie.
cuma nak luahkan something yang ak pelajari hari ini:
bahawa manusia wat peraturan tok aniaya manusia lain.
iye, amanah tetap amanah.
amanah adalah nilai murni dalam kehidupan kita.
tapi nilai murni yang cuba disemai dalam diri kita sudah menghilangkan sifat humanity lam seseorang mnusia tue.
ak nak kongsikan satu cerita.
pendapat ak berdasarkan cerita ini.
n aku sampaikan melalui sudut pandangan ak.
manusia yang amanah susah nak dicari pada zaman kini kan?
yup, kawan ak nie mmg la memerlukan ihsan atau tepat jika dikatakan sebagai belas kasihan dari manusia ke manusia yang lain.
so, disebabkan amanah, seorang lagi temanku bertindak menjadi ketua.
dan ketua berperanan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada ahli dibawahnya.
namun, jikalau kita berpegang pada prinsip amanah dalam pekerjaan sehinggakan sifat itu mampu memberikan ancaman kepada insan lain yang bernama sahabat.
adakah ianya perlu?
perbezaan antara sahabat dan nilai murni mmg boleh amat dibezakan.
jadi apa tidaknya jika ketepikan sekejap amanah yang diberi agar memberikan peluang untuk manusia lain melakukan tanggungjawab lainnya.
susah untuk perjelaskan perkara ini.
contohnya:
seorang teman, aminah cuba untuk mendapatkan cuti daripada ketuanya di syarikat.
di atas sebab ingin menemani seorang insan yang sentiasa berada di sisi aminah, iaitu ibunya ketika ibu sedang sakit peningnya.
namun, sebagai ketua, cuti daripada pekerja boleh membantutkan produktiviti sesebuah organisasi.
ya, perkara ini tidak harus diberi sebarang tolak ansur.
namun, lumpuhkah sesuatu perkara jika hilang satu tongkatnya?
tidak mampukah 'kaki lain' menompang seketika tenaga mereka untuk memastikan rakan mereka diberikan cuti.
salahkah berbohong untuk memastikan insan lain boleh selesa untuk bercuti demi ibu mereka?
kemanakah kemanusiaan manusia pada zaman kini apabila insan lain sedang dirapati masalah.
tidakkah mereka sedar bahawa lambat laun perkara itu akan berulang kembali kepada mereka.
dan ketika itu, mereka tidak dibenarkan bercuti untuk memenuhi keperluan.
tempangkah mereka?
jadi sedarlah.
sentiasa memastikan kita memikirkan sesorang itu melalui point of view seseorang itu.
masuklah ke dalam masalah itu.
memahami seseorang manusia tidak begitu susah,
kerana ianya seperti memahami diri sendiri.
antara amanah dan sahabat,
manakah penting?
amanah membawa kepada kemajuan kerjaya kita,
namun, setakat manakah kawan mampu membawa kita?
sehingga hari tua.
Insya Allah...